Tuesday, November 2, 2021

Terima kasih Ayah Lie








Terima kasih Ayoh Lie

Terima kasih barisan hadapan SMK Taman Melawati.


 2.11.2021 (Selasa)

Alhamdulillah, sempat untuk merasa sedikit bagaimana rasa petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus demi tugas kepada rakyat. Bukan senang pengorbanan yang mereka lakukan. Adanya sokongan daripada semua pihak sangat membantu dalam meringankan bebanan yang ditanggung. Di sinilah duit bukanlah menjadi nilaian tertinggi, hanya hati yang ikhlas dan sabar mampu memberikan harganya.Terima kasih buat mereka yang bekerja dengan rela. Ganjaran Allah pasti akan tiba.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH


PDPC BERSEMUKA YANG DINANTI


Selamat kembali ke sekolah buat anak-anak cikgu yang dikasihi. PdPr secara atas talian merupakan keadaan yang agak sukar bagi kita semua dalam mendepani era pendidikan. Kini, masa yang  ditunggu-tunggu telah tiba dimana kita akan kembali belajar secara bersemuka seperti sebelum era pandemik. Berbagai persoalan yang berlegar-legar dalam fikiran anak-anak dan juga guru-guru tentang bagaimana untuk 'catch up' semula murid yang ketinggalan dalam pelajaran kerana tidak dapat menghadiri PdPr.  Apabila sesi persekolahan secara bersemuka bermula nanti, selain dari memebuat screening tentang kesihatan murid, cikgu akan mula screening semula tahap pengisian yang telah diperolehi oleh murid sepanjang pdpr . Apa yang pasti,  guru sentiasa  memastikan tiada keciciran murid akan berlaku dalam apa jua keadaan. 


1. Resource Corner (Sudut Sumber)

Guru menyediakan ruang khas untuk murid melihat nota ringkas dalam bentuk cetakan dan cuba menjawab kuiz secara kendiri. 

 

2. Pop Quiz / Revision Test

Aktiviti ujian ulangkaji boleh dilakukan dengan tempoh bersesuaian; 5 minit, 10 minit, 30 minit bergantung kepada perancangan guru. Ia boleh dilakukan secara santai, individu mahupun berpasangan ataupun berkumpulan. Murid akan lebih sedar akan bahagian-bahagian topik yang mereka tidak kuasai. Sementara murid telah ikut PdPr boleh ulang kembali apa yang mereka telah pelajari, murid tertinggal PdPr pula boleh mengenalpasti apakah bahagian-bahagian yang perlu mereka ulangkaji dan beri perhatian kerana tahu soalan-soalan itu yang kerap dikemukakan. Guru bincangkan jawapan di akhir sesi dan setidak-tidaknya murid belajar sesuatu. Hal ini sebenarnya mengajar semula cuma dalam bentuk santai dan lebih berbentuk aktiviti.

3. Pembentangan Kumpulan

Sekumpulan murid yang telah mengikuti PdPr boleh diberikan tugasan untuk membuat pembentangan. Sementara itu, murid yang tertinggal PdPr pula membaca dan menyemak topik-topik yang akan dibentangkan. Dengan itu, murid tertinggal PdPr dapat belajar sesuatu sementara murid ikut PdPr lebih berkemahiran kerana mereka pula akan menyampaikan apa yang mereka pelajari dengan mengajar rakan mereka. Proses ini dipanggil Active Recall yang mana murid dapat mengingati sesuatu dengan lebih baik apabila mereka persembahhkan apa yang mereka pelajari dalam bentuk yang mereka senangi.

4. Review Games

Cara ini sama seperti Revision Test tadi cuma dalam bentuk permainan. Guru boleh gunakan aktiviti untuk dalam bentuk permainan mencari harta karun misalnya yang mana untuk pergi daripada satu check point ke satu check point lagi, murid perlu menjawab beberapa soalan yang hanya boleh mereka jawab jika mereka membaca nota diberikan. Dengan itu, murid belajar secara santai dan menyeronokkan. Yang dah belajar, tentulah bonus kepada mereka. Secara tidak langsung, hal ini juga beri motivasi kepada murid bahawa yang tertinggal akan rugi. Mereka perlu dibiasakan akan manfaat sentiasa menyertai sesi pembelajaran dan ruginya tertinggal pelajaran, kecualilah bagi mereka yang tiada kemudahan atau ada kekangan. Nak bagi seronok, boleh buat aktiviti bertemakan Squid Games yang tengah popular di kalangan remaja ketika ini. 




Terima kasih. 

Credit to cikgu Herry 


Add Coach Herry di TikTok:

https://www.tiktok.com/@coachherryj


Add Coach Herry untuk lebih content menarik:

https://www.instagram.com/coach_herry


Friday, August 27, 2021

Matematik Tingkatan 3 (Guru)

 K.O.L.E.K.S.I   K.U.I.Z   G.F.O.R.M

VERSI - Make a Copy ❗️❗️

****************

MATEMATIK TINGKATAN 3 🌟🌟

*****************


https://docs.google.com/forms/d/1NsH7ijnFl8BMkZxidTBLwXROsWHSYkNzClKR7DwTTlU/copy

Indeks👆


https://docs.google.com/forms/d/1OoaXJ8eYVMWfEAO_SJ5BFLhXQUrQEehrlfi4y1DxpoA/copy

Bentuk Piawai👆


https://docs.google.com/forms/d/1HHblUnpeMeJIl8Lo52ogjz2SK3-oLriWLI9G9hK2Lzs/copy

Angka Bererti👆


https://docs.google.com/forms/d/1XbXPUoBYXadbg-JDZSNGJ-3vSEwYS_hLk9yiYVqNCtQ/copy

Matematik Pengguna #1👆


https://docs.google.com/forms/d/1PhWYC2y2Wn5lkazlXRloy5pC2u0yMCv0xC-yA9SaKXg/copy

Matematik Pengguna #2👆


https://docs.google.com/forms/d/1rAhl6b0zeznF4ngnJc84CbxQuC0GwmVkGUZvwQk9bOM/copy

Matematik Pengguna #3👆


https://docs.google.com/forms/d/1k9QC5EZf4O-q6YgR0CqPYJrLhh4NQQo02B2EOv-F-hU/copy

Lukisan Berskala👆


https://docs.google.com/forms/d/1tGtYsjGJNTRSgQdFzujXN4qmjIwiVQ6JRAelEDxZDEQ/copy

 Nisbah Trigo #1👆


https://docs.google.com/forms/d/1cDfpf6GNJzpFO61mzax-gGkczGqQWuyXeIqmXghbn08/copy

Nisbah Trigo #2👆


https://docs.google.com/forms/d/1SOHR18skjmRJNhP03LSwi9nVCqhFYUhGianSoXAfwh0/copy

Sudut dan Tangen Bulatan👆


https://docs.google.com/forms/d/1AY8LaEBYcg-M_P9GHB6LzhmktDJh-SOwZ7ClOR5ntWM/edit?copy

Pelan dan Dongakan👆


https://docs.google.com/forms/d/1WP3HJpow7hPUpWuopmPPQmkY0rj_Mqn4e95na689Kz0/copy

Lokus 2 Dimensi👆


https://docs.google.com/forms/d/1sXf1FscoQ8U6vekhUI5IGKzP1TVVuI0Nqxt-CsUildc/copy

Garis Lurus👆


..... ada banyak lagi bahan di👇

https://t.me/MathTeacherSinta

serta video2 rakaman di 👇

youtube.com/TeacherSinta

Kalendar SMK Taman Melawati

 Kalendar Sekolah

Oktober

02/10 Majlis Aspresasi SPM 

09/10Perkhemahan Maya Koko

16/10 Mesyuarat Agung PIBG

23/10 Webinar Pemakanan

Kabinet Baru Malaysia

 Pada 27.8.2021, Perdana Menteri Malaysia yang ke-9 , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan barisan kabinet baru yang akan menerajui tampok Pentadbiran negara . Semoga barisan yang dilantik dapat membawa Malaysia ke arah yang lebih Gemilang.Tahniah buat insan yang terpilih sebagai pemikul amanah bangsa.

                                                                                      
Berikut senarai kabinet baru:

Perdana Menteri: Ismail Sabri Yaakob

Menteri Kanan Industri dan Perdagangan Antarabangsa: Azmin Ali (Bersatu)
Timbalan: Lim Ban Hong (MCA).

Menteri Kanan Pertahanan: Hishammuddin Hussein (Umno)
Timbalan: Ikmal Hisham Abdul Aziz (Bersatu)

Menteri Kanan Pendidikan: Senator Dr Radzi Jidin (Bersatu)
Timbalan: Mah Hang Soon (MCA), Mohamad Alamin (Umno)

Menteri Kanan Kerja Raya: Fadillah Yusof (GPS)
Timbalan: Arthur Joseph Kurup (PBRS).

Menteri Kewangan: Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
Timbalan: Mohd Shahar Abdullah (Umno), Yamani Hafez Musa (Bersatu)

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri:

Agama - Senator Idris Ahmad (PAS)
Timbalan: Ahmad Marzuk Shaary (PAS)

Undang Undang - Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (GPS)
Timbalan: Mas Ermieyati Samsudin (Bersatu).

Ekonomi - Mustapa Mohamed (Bersatu
Timbalan: Eddin Syazlee Shith (Bersatu).

Sabah Dan Sarawak - Dr Maximus Johnity Ongkili
Timbalan: Hanifah Hajar Taib (GPS)

Tugas Tugas Khas -Abdul Latif Ahmad (Bersatu)
Timbalan: Mastura Mohd Yazid (Umno).

Menteri Dalam Negeri: Hamzah Zainudin (Bersatu)
Timbalan: Ismail Mohamed Said (Umno), Jonathan Yassin (Bersatu)

Menteri Kesihatan: Khairy Jamaluddin (Umno)
Timbalan: Dr Noor Azmi Ghazali (Bersatu), Aaron Ago Dagang (GPS)

Menteri Pengangkutan: Ir. Wee Ka Siong (MCA)
Timbalan: Henry Sum Agong (GPS)

Menteri Luar Negeri: Saifuddin Abdullah (Bersatu)
Timbalan: Kamarudin Jaffar (Bersatu)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna: Alexander Nanta Linggi (GPS)
Timbalan: Rosol Wahid (Bersatu)

Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Rina Harun (Bersatu)
Timbalan :Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS)

Menteri Komunikasi dan Multimedia: Annuar Musa (Umno)
Timbalan: Zahidi Zainul Abidin (Umno)

Menteri Pertanian: Dr Ronald Kiandee (Bersatu)
Timbalan: Ahmad Hamzah (Umno), Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS)

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Dr Adham Baba IUmno)
Timbalan: Ahmad Amzad Hashim (PAS)

Menteri Perladangan dan Komoditi: Zuraida Kamaruddin (Bersatu)
Timbalan:Wee Jeck Seng (MCA), Willie Mongin (Bersatu)

Menteri Alam Sekitar dan Air: Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan: Dr Mansor Othman (Bersatu)

Menteri Wilayah Persekutuan: Shahidan Kasim (Umno)
Timbalan: Jalaluddin Alias (Umno)

Menteri Pengajian Tinggi: Noraini Ahmad (Umno)
Timbalan: Ahmad Masrizal Muhammad (Umno-Senator)

Menteri Tenaga dan Sumber Asli: Takiyuddin Hassan
Timbalan: Ali Biju (Bersatu)

Menteri Pembangunan Luar Bandar: Mahdzir Khalid
Timbalan: Abdul Rahman Mohamad (Umno), Hasbi Habibollah (GPS)

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Reezal Merican Naina Merican (Umno)
Timbalan:Ismail Abd Muttalib (Umno)

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Noh Omar (Umno)
Timbalan: Muslimin Yahaya (Bersatu)

Menteri Pelancongan, Keseniaan dan Budaya: Nancy Shukri (GPS)
Timbalan: Edmund Santhara (Bersatu)

Menteri Perpaduan Negara: Halimah Saddique
Timbalan: Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Bersatu-Senator)

Menteri Belia dan Sukan: Ahmad Faizal Azumu (Bersatu)
Timbalan: Ti Lian Ker (MCA-Senator)

Menteri Sumber Manusia: M Saravanan (MIC)
Timbalan: Awang Hashim (PAS)

Sajak Merdeka

Inilah sajak yang saya nukilkan sempena kemerdekaan Malaysia yang ke-64.
Sajak ini bertajuk 'Seorang Guru Matematik Memberi Erti Merdeka'.
Ianya berkisar tentang bagaimana merdeka itu dilihat dari sudut pandang seorang guru matematik yang memasukkan elemen-elemen matematik merentas puisi.Semoga anda semua dapat menghayatinya dari persepsi yang berbeza.












 

Terima kasih Ayah Lie

Terima kasih Ayoh Lie